LPKP Batal Permit Bas Kemalangan Sani Express - Semasa | mStar

LPKP Batal Permit Bas Kemalangan Sani Express

KUALA LUMPUR: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) membatalkan permit bas dua tingkat milik Sani Express bernombor pendaftaran WSX 5010 yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 280.3 Lebuh Raya Utara-Selatan sehingga mengorbankan 10 penumpang pada 26 Disember 2009 berkuat kuasa serta-merta.

Pengerusi LPKP, Datuk Halimah Mohd Sadique berkata, agensi itu juga membekukan semua urusan pelesenan Sani Express termasuk permohonan baru, pembaharuan dan ubah syarat selama setahun.

Katanya, pihaknya turut mengarahkan syarikat berkenaan untuk mempertingkatkan sistem pengurusan pemandu dalam tempoh sebulan.

"Ini kerana selepas memanggil wakil operator Sani Express, kami mendapati Syarikat Sani United Sdn Bhd kurang dari segi pengurusan pemandu.

"Tiga tindakan ini berkuat kuasa serta-merta," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini semalam.

Semalam, Halimah mempengerusikan jawatankuasa inkuiri mengenai kemalangan maut tersebut di ibu pejabat LPKP dari 9.30 pagi hingga 3.30 petang di Putrajaya.

Jawatankuasa inkuiri itu dianggotai bahagian audit LPKP dan agensi-agensi seperti polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Turut menganggotainya ialah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Anwar dijangka menghadap Agong Isnin