suria

Bengkel Jentera Berat Terbakar, Kerugian RM200,000

Anggota Bomba dan Penyelamat Kota Baharu memadamkan kebakaran sebuah bengkel membaiki dan menjual alat ganti jentera berat Syarikat Eng Huat Traktor Autopart, di Kampung Puteh, Jalan Kota Baharu-Kuala Krai di sini, hari ini. Kejadian yang berlaku kira-kira 7 pagi tadi mengakibatkan kerugian lebih RM200,000. - foto BERNAMA

KOTA BAHARU: Sebuah bengkel membaiki dan menjual alat ganti jentera berat di Kampung Puteh Jalan Kota BaharuKuala Krai, di sini hangus dalam kebakaran hari ini.

Kebakaran di bengkel Syarikat Eng Huat Traktor Autopart pada kirakira pukul 7 pagi ini dianggar membabitkan kerugian lebih RM200,000.

Pegawai Penjaga Balai Bomba Kota Baharu, Mahmad Fauzi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.39 pagi dan enam jentera bersama 53 anggota mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak.

"Kami terpaksa menggunakan semburan buih bagi memadamkan kebakaran kerana premis berkenaan banyak mengandungi bahan minyak," katanya.

Beliau berkata punca kejadian dan jumlah sebenar kerugian masih disiasat.

Pemilik bengkel, Tan Chee Hua, 64, berkata ketika kejadian beliau tiada dibengkel dan dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pembantunya melalui telefon. - BERNAMA

Artikel Lain