suria

Mohamed Salleh Pengerusi Baru MQA

KUALA LUMPUR: Tan Sri Mohamed Salleh Mohamed Yasin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), yang dahulunya dikenali sebagai Lembaga Akreditasi Negara (LAN), bagi menggantikan Tan Sri Muhammad Rais Abdul Karim yang tamat perkhidmatan pada 31 Oktober lepas.

Pelantikan itu berkuatkuasa dari 1 Januari 2010 hingga 31 Disember 2013, demikian menurut kenyataan MQA hari ini.

Mohamed Salleh, yang merupakan Pengarah United Nations University International Institute for Global Health (UNUIIGH), sebelum ini adalah Timbalan Pengerusi Majlis MQA dan pernah juga menjadi Pengerusi merangkap Ketua Eksekutif LAN.

Sebagai Pengerusi Majlis MQA, beliau bertanggungjawab mengenai kelulusan rancangan dan dasar bagi pengurusan MQA dan kelulusan dasar dan garis panduan yang berhubungan dengan akreditasi program, kelayakan atau pemberi pendidikan tinggi atau audit universiti. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain