suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

31 Orang Dipindahkan Akibat Banjir Kilat di Cherating

KUANTAN: Seramai 31 orang dari enam keluarga di Kampung Sungai Ular dan Kampung Chendor Baru, Cherating dekat sini dipindahkan hari ini akibat banjir kilat berikutan hujan lebat sejak semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, 27 orang daripada lima keluarga dari Kampung Sungai Ular dipindahkan kira-kira pukul 10.30 pagi tadi manakala sebuah keluarga dari Kampung Chendor Baru pada 12.30 tengah hari tadi ekoran limpahan air longkang.

Ini merupakan kali kedua banjir kilat berlaku di kawasan itu dengan yang pertama pada 21 November lalu juga berpunca daripada limpahan air longkang, katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya paras air di semua sungai utama di seluruh negeri berada pada bacaan normal. -BERNAMA

Artikel Lain