suria

Anggota Polis Ditahan Berhubung Seks Sumbang

IPOH: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal ditahan kerana disyaki melakukan perbuatan seks sumbang terhadap seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah berkata anggota lelaki yang berusia awal 20an itu ditahan di Manjung pada Rabu lepas ekoran laporan yang dibuat oleh keluarga pelajar itu pada hari yang sama.

"Mangsa mendakwa perbuatan berkenaan dilakukan pada 6 November lalu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zulkifli berkata anggota itu telah digantung kerja serta-merta bagi membantu siasatan. BERNAMA

Artikel Lain