Sumpah Baiah Memang Termaktub Dalam Enakmen Keluarga Islam - Semasa | mStar

Sumpah Baiah Memang Termaktub Dalam Enakmen Keluarga Islam

KOTA BAHARU: Sumpah bai'ah dibolehkan dalam Islam dan ada termaktub dalam Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002, yang membolehkan Mahkamah Syariah di negeri itu mengendalikan kes membabitkannya.

Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah Kelantan, Abu Bakar Abdullah Kutty, bagaimanapun, berkata setakat ini tidak ada kes yang membabitkan pasangan yang terlibat dalam kes bai'ah berlaku di negeri itu sama ada melibatkan pemimpin politik atau orang awam.

Menurutnya sehingga ini pihaknya belum menerima sebarang permohonan daripada manamana pihak untuk mengesahkan perceraian taklik yang membabitkan sumpah bai'ah.

"Sebagai Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah, saya hanya boleh mengesahkan perkara itu, kerana jika ada kes (itu) saya mesti tahu," katanya kepada Bernama.

Sumpah bai'ah menjadi bahan perbahasan semasa apabila Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad daripada Pas barubaru ini mengakui wujudnya syarat yang menghendaki pemimpinpemimpin parti itu melafazkan bai'ah iaitu sumpah taat setia bahawa akan jatuh talak tiga terhadap isteri masingmasing jika mereka mengkhianati parti seperti menyertai parti lain.

Bagaimanapun, pemimpinpemimpin Pas menafikan wujud lafaz bai'ah itu dalam parti itu.

Menurut Abu Bakar, sesiapa sahaja boleh membuat lafaz atau sumpah bai'ah untuk menyatakan taat setia dalam sesuatu ikatan perjanjian, termasuk pasangan suami isteri.

"Ia adalah suatu bentuk perjanjian yang amat tinggi dan besar kesannya, bukan merupakan aku janji biasa dan tidak boleh dipermainkan," katanya.

Abu Bakar, yang juga bekas Ketua Pendakwa Syarie, berkata pasangan yang melakukan lafaz sumpah itu boleh mengesahkan cerai taklik mereka di Mahkamah Syariah dan tertakluk di bawah Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan 2002. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tembok Bangunan SUK Perak Runtuh

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain

Awas! Obesiti boleh sebabkan kanser