suria

Sekumpulan perompak gigit jari gagal letup mesin ATM

SHAH ALAM: Sekumpulan perompak terpaksa menggigit jari selepas gagal memecah mesin pengeluar wang automatik (ATM) dengan bahan letupan buatan sendiri di sebuah bank di Kota Kemuning di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 5 pagi itu di Jalan Anggerik Vanilla N31/N dekat sini, kumpulan itu meluru masuk ke dalam premis mesin ATM dan bertindak meletup mesin berkenaan dengan 500 gram bahan letupan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Hasnan Hassan, berkata letupan kuat itu menyebabkan pintu, dinding kaca dan siling premis berkenaan pecah tetapi wang dalam mesin ATM itu gagal dikeluarkan.

Selepas menyedari mesin tersebut gagal dipecahkan, kumpulan perompak berkenaan melarikan diri dengan menaiki dua atau tiga buah motosikal, katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya kamera litar tertutup di bank itu didapati disembur dengan cat merah bagi mengelakkan kegiatan mereka dirakamkan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain