suria

Abdullah terima ijazah kehormat Soka University

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menerima ijawah kehormat Doctor of Honoris Causa daripada Soka University, Tokyo, semalam.

Dalam ucapan penerimaan anugerah itu, Abdullah merakamkan setinggitinggi penghargaan kepada Presiden Soka Gakai International Dr Daisaku Ikeda atas penganugerahan berkenaan.

Bekas perdana menteri itu berkata memang menjadi citacitanya selepas menamatkan pengajian universiti untuk berkhidmat kepada negara dan tanpa raguragu menyertai perkhidmatan pentabiran dan diplomatik negara.

"Selepas berkhidmat sebagai pegawai awam dan kemudian menceburi bidang politik, saya semakin yakin untuk berkhidmat dan menyumbang ke arah kebaikan bukan sahaja kepada rakyat negara saya tetapi dunia sejagat," katanya dalam teks ucapan yang dihantar kepada Bernama.

Abdullah berkata menerusi beberapa jawatan sebagai menteri dan perdana menteri, beliau berjaya membantu mengkayakan dan membangunkan fikiran generasi muda, mengukuhkan keupayaan Malaysia untuk mempertahankan diri dan mewujudkan keamanan dan kestabilan di rantau ini serta dunia.

Beliau berkata rakyat Malaysia mengkagumi pencapaian orang Jepun terutamanya keupayaan rakyat negara Matahari Terbit itu membangunkan semula negara selepas musnah akibat perang dunia, menjadikannya sebagai kuasa ekonomi kedua terbesar dunia dalam jangka masa yang singkat.

"Untuk mencontohi Jepun, Dasar Pandang Ke Timur telah diperkenalkan. Hubungan dua hala berkembang dan semakin erat. Jepun menjadi rakan dagangan utama negara selepas negara jiran Singapura. Jepun juga menjadi antara lima pelabur asing utama di Malaysia dalam tempoh sedekad lepas," katanya.

Abdullah berkata kerajaan Malaysia memberikan penekanan kepada pembangunan dan memajukan negara menerusi infrastruktur pembangunan modal insan yang moden.

"Sejarah telah membuktikan bahawa negara yang melabur dengan banyak dalam pendidikan akan lebih maju ke hadapan," katanya. BERNAMA

Artikel Berikut

Bekas Senator meninggal dunia

Artikel Lain