suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dakwaan Waythamoorthy pasport ditahan tidak benar - Hishammuddin

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata dakwaan pemimpin kumpulan haram Hindraf, P.Waythamoorthy, kononnya kerajaan telah menahan dan merampas pasportnya adalah tidak benar.

Sebaliknya, beliau berkata Waythamoorthy sendiri telah menyerahkan pasportnya kepada kedutaan Malaysia di United Kingdom dan ia masih sah iaitu tarikh tamat tempoh pasportnya ialah pada 17 Okt 2010.

"Jadi, tak timbul isu kita menyekat atau tidak membenarkan (dia mengambil) pasportnya, dia sendiri telah menyerahkan kepada kedutaan kita," katanya kepada pemberita di sini Rabu sebagai mengulas kenyataan Waythamoorthy yang mahu kerajaan mengembalikan pasportnya bagi membolehkan beliau pulang ke Malaysia.

Hishammuddin berkata jika Waythamoorthy mahukan pasportnya semula, beliau boleh berbuat demikian dengan mengambilnya di kedutaan Malaysia di United Kingdom.

Ditanya kenapa Waythamoorthy menyerahkan pasportnya kepada kedutaan, beliau berkata mungkin dia fikir akan mendapat faedah lebih baik "dari pihak sebelah sana" pada ketika itu.

"Dia berasakan bahawa di sebelah sana, keadaan lebih baik, tetapi apabila dia dah pergi ke sebelah sana, dia berasakan tak berbaloi," katanya.

Beliau juga berkata Waythamoorthy bebas untuk pulang tetapi apabila berada di Malaysia, dia perlu akur dan patuh kepada undang-undang negara ini.

"Jika sekiranya dia balik tetapi ada perkara-perkara yang beliau boleh didakwa, (dia) tetap akan didakwa," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

7 Oktober hari perdamaian PAS-DAP?

Artikel Lain