suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekas Senator meninggal dunia

KANGAR: Bekas anggota dewan negara dan pejuang kemerdekaan, Abdullah Salleh, 89, meninggal dunia di rumahnya di Taman Fauziah di sini Selasa malam kerana sakit tua.

Menurut anaknya, Jasmi, 58, allahyarham yang juga bekas anggota jawatankuasa Umno Bahagian Kangar menghembus nafas terakhir di hadapan anak-anak dan kaum keluarga terdekat pada 10.05 malam dan jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Alor Sena, Jalan Kaki Bukit tengah hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Siti Aishah Ahmad, 67, serta lima anak lelaki dan dua perempuan di samping 32 cucu dan 18 cicit.

Abdullah, guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, yang menjadi guru besar Sekolah Kebangsaan Beseri sebelum bersara, adalah antara tokoh yang terbabit dalam perjuangan menuntut kemerdekaan setelah menyertai Umno sejak parti itu ditubuhkan pada 1946.

Allahyarham dilantik sebagai senator pertengahan tahun 1970-an selama satu penggal. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

7 Oktober hari perdamaian PAS-DAP?

Artikel Lain