suria

APMM rampas gula pasir dari feri penumpang

TAWAU: Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Tawau mematahkan cubaan menyeludup keluar 304kg gula pasir menggunakan feri penumpang ke Indonesia semalam.

Pengarah Operasi Maritim Tawau Amran Daud berkata kesemua gula berkenaan dirampas daripada tiga buah feri penumpang yang dalam perjalanan ke Nunukan, Indonesia kira-kira jam 5.30 petang.

Katanya operasi pemeriksaan ke atas tiga buah feri berkenaan mendapati ketigatiga feri berkenaan masingmasing membawa 172kg, 118kg dan 14kg barangan kawalan berkenaan.

Bagaimanapun Amran berkata tiada sebarang tangkapan dibuat kerana tidak ada penumpang mengaku pemilik gula berkenaan dan feri dibenarkan meneruskan perjalanan selepas pemeriksaan dijalankan.

Katanya rampasan kali ini merupakan kejayaan ketiga APMM sepanjang bulan Ogos lepas menjadikan jumlah kesemua gula yang dirampas sebanyak 1,104kg bernilai RM1,711.20.

Menurut Amran pihak APMM akan meneruskan rondaan dan memperketatkan pemeriksaan di perairan Tawau bagi mencegah sebarang penyeludupan barangan kawalan terutama pada musim perayaan ini. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain