suria

EGM untuk elak perpecahan dalam MCA kata Tee Keat

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat berkata keputusannya untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bertujuan mengelak perpecahan dalam parti itu.

Perwakilan dapat membuat keputusan sama ada menyokong atau menolak resolusi untuk parti melalui peti undi, kata Ong dalam blognya hari ini.

“Selepas undi terakhir dikira dan keputusan dicapai, parti boleh kembali kepada proses penyuburan dan pembaharuan semula, dengan sedikit sahaja kesan terhadap MCA,” katanya.

Ong, yang berdepan kemungkinan EGM saingan diadakan oleh Timbalan Presiden yang dipecat Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, membidas kempen yang dijalankan untuk mengumpul tandatangan perwakilan.

“Menjelajah ke seluruh negara untuk mengumpul tandatangan perwakilan bagi menggesa diadakan EGM bermakna memaksa mereka membuat pendirian. Jika mereka menurunkan tandatangan, ini bermakna mereka menyokong pemimpin tertentu dan jika tidak, ia bermakna mereka menyokong pemimpin yang satu lagi.

“Perkembangan ini tidak untuk MCA yang sedang melalui proses penyembuhan selepas pilihan raya umum lepas. Saya ada dengar kes perwakilan didesak atau dipaksa menandatangani,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain