suria

Cubaan seludup tepung, minyak ke Thailand gagal

PADANG BESAR: Tepung gandum seberat 1,970 kilogram dan 1,135 kilogram minyak masak yang kesemuanya bernilai RM6,513 cuba diseludup ke Thailand semalam, namun barangan kawalan itu berjaya dirampas oleh Unit Penyeludupan Perlis (UPP) di kawasan sempadan.

Komander UPP Perlis, DSP Zakaria Abdul Rahman hari ini berkata rampasan dilakukan pada pukul 3 petang oleh sepasukan UPP kawasan Padang Besar ketika melakukan operasi khas mencegah penyeludupan.

"Rampasan dilakukan hasil pemeriksaan ke atas sebuah gudang setelah pemiliknya, seorang wanita rakyat tempatan berumur 51 tahun gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah untuk menyimpan barangan kawalan itu," katanya kepada pemberita. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain