suria

Majlis Peguam pelawa kerajaan sertai kempen MyConstitution

KUALA LUMPUR: Badan Peguam Malaysia hari ini menjemput kerajaankerajaan pusat dan negeri, institusi akademik, NGO dan organisasi media menyertai Kempen MyConstitution.

Edmund Bon Tai Soon, pengerusi Jawatankuasa Undangundang Perlembagaan (ConstiLC), berkata mereka memerlukan sokongan untuk mempromosi kempen itu.

"Buat pertama kali dalam sejarah Badan Peguam Malaysia, Majlis Peguam penggal ini (2009/2010) membentuk ConstiLC untuk menghayati kajian perlembagaan dan mempromosi keperlembagaan sebagai sebahagian daripada inisiatif majlis yang begitu luas dalam masyarakat.

"ConstiLC telah menerima pakai Blueprint dua tahun 20092011, yang menetapkan program jawatankuasa itu. Inisiatif teras kami ialah untuk mengendali matlamat kempen yang pertama seumpamanya demi mendidik dan memperkasakan rakyat dan mencetuskan kesedaran lebih luas mengenai Perlembagaan Persekutuan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Visi dan misi ConstiLC ialah untuk mempromosi konsep keperlembagaan dan kedaulatan undangundang yang adil, menimbulkan kesedaran dan mendidik rakyat mengenai peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan dengan itu memperkasakan rakyat; mendokumen dan memberi respon terhadap isu-isu perlembagaan yang timbul.

Artikel Lain