Himpunan ISA: Magaran yakin dapat kumpul 70,000 - Semasa | mStar

Himpunan ISA: Magaran yakin dapat kumpul 70,000

PETALING JAYA: Kurang 48 jam sebelum perhimpunan dua puak yang masing-masing pro dan anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Sabtu ini, Majlis Gabungan NGO Pembela Negara (Magaran) yakin seramai 70,000 penunjuk perasaan akan bersama mereka.

Magaran merupakan kumpulan yang mahu ISA dikekalkan.

Penasihat Undang-undang Magaran, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, maklum balas yang diperolehi sehingga hari ini, kira-kira 50,000 penyokong kumpulan itu dari Lembah Klang akan turut serta pada Sabtu ini.

"Kawasan Lembah Klang sahaja kita dah ada kira-kira 50,000 penyokong dan kita juga anggarkan kira-kira 20,000 penyokong dari luar iaitu dari seluruh negara akan bersama-sama dengan kita," katanya kepada mStar Online.

Sabtu ini Magaran merancang untuk mula berkumpul di tiga kawasan iaitu di Masjid Negara, Padang Merbok dan Pasar Seni sebelum bergerak ke Dataran Merdeka.

Mereka kemudiannya akan menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong yang antaranya menyatakan sokongan terhadap ISA.

Sementara itu, kumpulan anti-ISA - GMI turut akan berkumpul di tiga lokasi iaitu di kompleks membeli-belah SOgo, Masjid Negara dan Masjid Jamek.

Dari tiga lokasi berkenaan, penyokong GMI akan bergerak serentak menuju ke Istana Negara bagi menyerahkan 'Deklarasi Rakyat' kepada Yang di-Pertuan Agong.

Mengulas mengenai pendirian GMI yang bertegas mahu meneruskan perhimpunan pada Sabtu ini, Mohd Khairul berkata Magaran juga tidak akan berganjak dengan pendirian mereka.

"Pergi jahanam dengan GMI...kami tak takut dengan mereka.

"Mereka nak berhimpun, kami pun akan berhimpun, kami juga ada hak untuk berhimpun, apa nak jadi...jadilah.

"Saya minta supaya pihak polis juga akan bersikap adil, jika saya ditangkap, atau mana-mana penyokong kami ditangkap, ketua mereka juga perlu ditangkap," katanya tegas.

Ditanya sama ada kumpulan mereka akan turut disertai oleh mana-mana parti politik, beliau berkata majoriti penyokong Magaran terdiri daripada NGO dan individu yang mahu ISA dikekalkan bagi menjamin keselamatan negara.

"Kita tak dibayangi dengan mana-mana parti politik, semua yang berada di belakang kita ialah mereka yang mahu ISA dikekalkan dan menyokong jika ada pindaan berhubung beberapa perkara dalam akta tersebut," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Inkues Teoh ditangguh hingga Rabu

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut