suria

Hentikan pelbagai andaian mengenai Suruhanjaya DiRaja, kata Muhyiddin

PULAU PINANG: Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua pihak berhenti daripada membuat pelbagai andaian berhubung penubuhan suruhanjaya diraja bagi menyiasat prosedur siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor, Teoh Beng Hock dan menghormati institusi itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata mereka harus menghormati institusi itu sebagai sebuah badan bebas yang tidak menerima tekanan daripada manamana pihak dan menerima segala keputusan suruhanjaya itu kelak tanpa sebarang prasangka.

"Saya mahu mereka sentiasa menghormati dan memberi keyakinan kepada institusi yang ditubuhkan itu dan tidak membuat pelbagai andaian yang berat sebelah kerana semua pihak mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku.

"Kita mesti yakin kepada ketelusan dan kebebasan suruhanjaya itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri jamuan bersama rakyat di Masjid Jamek Simpang Enam, Jalan Macalister di sini, hari ini.

Katanya penubuhan suruhanjaya itu dikehendaki oleh banyak pihak termasuk keluarga Teoh sendiri dan biarlah ia melaksanakan tugasnya sehingga selesai.

Beliau berkata anggota suruhanjaya itu akan diumumkan dalam masa terdekat supaya ia dapat memulakan tugasnya dengan segera.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain