Dua beradik maut selepas samun beg tangan pemandu kereta - Semasa | mStar

Dua beradik maut selepas samun beg tangan pemandu kereta

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin berkata kejadian berlaku apabila keduadua suspek memecahkan cermin kiri kereta Mercedes Benz milik Junaini Abdul Hamid, 43, dan meragut beg tangan mangsa ketika wanita itu memberhentikan keretanya di persimpangan lampu isyarat berhampiran stesen minyak Shell di Persiaran Kerjaya, Glenmarie di sini pada 4.45 petang.

Beliau berkata mangsa yang terkejut dengan kejadian itu bertindak mengejar keduadua suspek sehingga di Jalan Subang dan ketika melarikan diri, keduadua suspek yang menunggang laju gagal mengawal kenderaan sehingga merempuh belakang sebuah teksi menyebabkan seorang terperosok di bawah teksi manakala seorang lagi melambung kirakira 20 meter.

Seorang daripada suspek, Harman Sulaiman, 25, kemudian dipercayai cuba melarikan diri ke arah Jalan Batu Tiga Lama di sini, tetapi meninggal dunia kirakira 50 meter dari tempat kejadian berhampiran dengan tapak projek pembinaan.

Punca kematian masih disiasat berikutan penemuan 'inhaler' berhampiran dengan mayat suspek, kata Noor Azam kepada pemberita di tempat kejadian.

"Seorang lagi suspek, Norazman Nizam Sulaiman, 30, pula meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Keduaduanya berasal dari Sungai Burong, Sekinchan," katanya.

Beliau berkata kereta yang dipandu mangsa turut melanggar sebuah van menyebabkan bahagian tayar di sebelah kanannya remuk.

Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian itu menyebabkan keadaan lalu lintas sesak sepanjang tiga kilometer selama kirakira sejam berikutan kenderaan berpusupusu yang pulang dari tempat kerja. Kesesakan bagaimanapun berjaya dikawal oleh anggota polis trafik.

Sementara itu, suami mangsa, Sheikh Feisal Sheikh Mohamad, 43, seorang ahli perniagaan berkata semasa kejadian, isterinya yang bekerja di RHB Insurance, Kuala Lumpur, sedang memandu berseorangan untuk pulang ke rumah mereka di Seksyen 13 di sini.

Beliau berkata isterinya sangat terkejut dan trauma dengan kejadian itu.

"Alhamdulillah isteri saya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain