PPSMI: Gapena mahu pemansuhan ke peringkat Tingkatan Enam dan matrikulasi - Semasa | mStar

PPSMI: Gapena mahu pemansuhan ke peringkat Tingkatan Enam dan matrikulasi

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) menganggap hanya sebahagian daripada perjuangan mereka supaya dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang selesai memandangkan dasar itu masih dilaksanakan di di peringkat Tingkatan Enam dan matrikulasi.

Setiausaha Satu Gapena, Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, Gapena akan terus berjuang supaya pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dikembalikan ke Bahasa Melayu di semua peringkat.

Beliau berkata, akan wujud persepsi yang bahasa Inggeris itu lebih baik sekiranya pelajar Tingkatan Enam yang mengambil jurusan sains belajar dalam bahasa itu dan yang mengambil jurusan sastera belajar dalam bahasa Melayu.

"Kami mahu bahasa Melayu juga dijadikan bahasa ilmu pengetahuan seperti mana juga bahasa lain," katanya kepada sidang media di sini, semalam.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah kebangsaan akan dilaksanakan dalam Bahasa Malaysia berkuat kuasa pada 2012.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil pula akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Selain itu, Gapena menuntut supaya penguasaan bahasa Melayu dipertingkatkan bukan sahaja di sekolah tetapi juga di institusi pengajian tinggi di negara ini.

Ketua Dua Gapena, Profesor Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar berkata, terdapat universiti yang menggunakan bahasa Inggeris dalam proses pembelajaran jurusan sastera.

"Kita selalu mengada-ngada... ada universiti yang sudah pandai-pandai ajar matapelajaran dalam jurusan sastera dalam bahasa Inggeris.

"Bahasa Melayu sepatutnya menjadi bahasa pendidik dan bahasa penyatuan," katanya.

Bagaimanapun, Gapena melahirkan rasa puas hati terhadap pengumuman yang dibuat oleh Muhyiddin berhubung pemansuhan PPSMI.

"Kami sangat gembira dengan apa yang diumum oleh Timbalan Perdana Menteri sebentar tadi... kami ucap tahniah kerana apa yang diumumkan itu sangat realistik," kata Ketua Satu Gapena, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Ismail Hussein.

Menurut beliau, Gapena akan sedaya upaya membantu kerajaan untuk memartabatkan bahasa Melayu dan pada masa yang sama mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

"Kami berikrar untuk beri kerjasama supaya penguasaan kedua-dua bahasa dipertingkatkan.

"Kami bersedia membantu untuk memantapkan penggunaan bahasa Inggeris kerana ia merupakan bahasa yang penting tetapi semua polisi yang dibuat mestilah adil kepada penduduk bandar dan luar bandar," katanya lagi.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain

Wenger dapat tugas baharu di Fifa