suria

Pelajar dari Thailand disahkan hidapi H1N1 di MCKK

KUALA KANGSAR: Seorang pelajar dari Thailand yang tiba di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) di sini dikesan positif menghidapi virus selesema babi (H1N1) hari ini.

Menurut sumber, kes import itu dikesan apabila pelajar terbabit tiba di MCKK di sini untuk mengadakan perlawanan bola sepak persahabatan dengan pasukan MCKK.

Pelajar berkenaan sedang dikuarantin di MCKK selama seminggu dengan diawasi pihak kesihatan daerah, bersama sebahagian orang yang mempunyai kontak dengan pelajar itu, katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata pelajar berkenaan didapati mempunyai simptom menghidapi virus H1N1 ketika beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas di Pulau Pinang semalam dan tidak pasti mengapa pelajar itu tidak dikuarantinkan.

Katanya pengawasan ketat sedang dilakukan di MCKK dan setakat ini tiada lagi melibatkan kes tempatan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Pengangkutan Awam Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon mengesahkan kes berkenaan, bersama beberapa orang pelajar. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain