suria

Pemeriksaan H1N1 lebih ketat di lapangan terbang

PUTRAJAYA: Pemeriksaan di lapangan terbang antarabangsa dalam negara negara akan diperketat bagi mengesan mereka yang dijangkiti dengan Influenza A (H1N1).

Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata ia ekoran peningkatan ketara dalam jumlah kes jangkitan virus itu, yang sehingga ini sudah menjangkiti 53,110 orang di 99 negara di seluruh dunia, dan membunuh 232 nyawa.

Beliau berkata minggu lepas hanya 21 kes dilaporkan dalam negara dengan satu kes membabitkan jangkitan tempatan, namun minggu ini jumlahnya melonjak kepada 80 kes dengan 11 darinya adalah jangkitan tempatan.

"Ini menunjukkan peningkatan 400 peratus dalam tempoh hanya seminggu, dan ia juga bermakna terdapat lompang dalam sistem pengesanan negara," katanya dalam satu persidangan akhbar di sini hari ini.

Menurutnya peningkatan ketara ini disebabkan mereka yang masuk dalam negara dilihat tidak jujur dalam pengakuan mereka mengenai penyakit yang dihidapi, menyebabkan satu atau dua kes yang tidak dikesan mencetuskan jangkitan tempatan.

"Mereka yang merasakan ada tandatanda jangkitan ini perlu berlaku jujur, terutama bagi mereka yang tiba ke Malaysia dari lapangan terbang di negara yang dikesan menularnya jangkitan penyakit ini dengan serius," katanya.

Beliau berkata mulai hari ini, semua penumpang penerbangan akan diminta mengisi kad amaran kesihatan dalam penerbangan mereka dan menyerahkan ia kepada pihak berkuasa kesihatan sebelum mereka dibenarkan melalui kaunter imigresen.

Katanya pasukan kesihatan juga akan berusaha mengesan penumpang yang "kelihatan tidak sihat".

Dr Ismail berkata peraturan baru itu juga akan dikenakan buat penumpang yang tiba dari Filipina, Amerika dan Australia, memandangkan ketigatiga negara ini mencatatkan jumlah kes jangkitan Influenza A (H1N1) yang tinggi.

Beliau berkata para penumpang dari negaranegara ini akan disaring dua kali, iaitu pertama semasa mereka keluar dari pesawat, dan sekali lagi sebelum mereka sampai di kaunter imigresen.

"Kami menasihatkan mereka yang tiba dari negaranegara ini untuk mengenakan kuarantin diri untuk tempoh beberapa hari sebelum memulakan rutin biasa," katanya.

Beliau berkata jawatankuasa teknikal nasional mengenai Influenza A (H1N1) yang bermesyuarat hari ini juga memutuskan bahawa rakyat Malaysia yang dijangkiti dengan virus itu tidak perlu menghabiskan keseluruhan tempoh tujuh hari di hospitalhospital yang ditetapkan.

"Mereka boleh balik selepas tiga hari sekiranya mereka tidak demam, tapi mereka perlu manjalani kuarantin diri. Ini hanya dipakai bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas. Kami sedang berusaha meminimakan kemasukan ke hospital akibat jangkitan virus itu," katanya.

Menurutnya kementerian itu juga akan meningkatkan jumlah hospital yang akan menjalankan saringan pesakit Influenza. Setakat ini hospital-hospital yang berkenaan ialah Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital Ampang, Hospital Putrajaya, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital UKM, Hospital Seberang Jaya, Hospital Sungai Petani, Hospital Sultan Ismail di Pandan, Johor; dan Hospital Sultan Ahmad Shah di Temerloh, Pahang.

"Dalam tempoh seminggu nanti kami mungkin akan benarkan hospitalhospital swasta menjalankan proses saringan ini dengan syarat mereka memiliki kemudahankemudahan yang diperlukan. Ia juga bergantung kepada tahap penularan kes jangkitan," katanya. BERNAMA

Artikel Lain