suria

Lelaki dipenjara lapan tahun kerana miliki kanabis

PULAU PINANG: Seorang bekas pekerja kilang hari ini dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki 253.1 gram dadah jenis kanabis, lapan tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Rahim Uda menetapkan hukuman dijalankan bermula dari tarikh Mohd Sayukhi Ismail, 33, ditangkap.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Simpang Empat, Bukit Tengah pada 26 Februari 2001.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39A (2) akta yang sama.

Pendakwaan dilakukan oleh Nik Adura Hazlin Nik Ariffin dan tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh Dhillon. BERNAMA

Artikel Lain