Sikap keterlaluan Nizar wajar dinilai rakyat - Zambry - Semasa | mStar

Sikap keterlaluan Nizar wajar dinilai rakyat - Zambry

KAMPAR: Tindakan bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pada majlis angkat sumpah sebagai anggota Parlimen di Dewan Rakyat, Isnin lepas wajar dinilai sendiri oleh rakyat Perak.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata tindakan anggota Parlimen Bukit Gantang itu adalah satu persatu sahaja daripada tingkah laku sebenar yang ditunjukkan Mohammad Nizar terutama semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei lepas.

"Banyak pihak menghubungi saya bertanya dan menyatakan rasa terkejut mereka dengan sikap dan kelakuan (Mohammad) Nizar pada majlis itu dan mahu mengetahui sikap sebenar (Mohammad) Nizar.

"Jawapan saya kepada mereka mudah...Perangai dia (Mohammad Nizar) di Dewan Rakyat itu hanya satu peratus saja, itu pun orang ramai sudah terkejut," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Pejabat Daerah Kampar, di sini semalam.

Isnin lepas Mohammad Nizar diarah keluar daripada Dewan Rakyat oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kerana melanggar etika pakaian dengan memakai satu lilitan bertulis "Bubar DUN" pada songkoknya. Beliau juga melaungkan "Hidup Rakyat, Bubar DUN" (Perak) sebaik mengangkat sumpah.

Zambry berkata beliau bersimpati dengan pengundi di Bukit Gantang yang menyokong Mohammad Nizar pada pilihan raya kecil 7 April lepas kerana mereka sudah pasti meletakkan harapan agar wakil rakyat mereka melaksanakan tugas sebagai anggota Parlimen.

"Ini tidak, belum apaapa lagi selepas menandatangani surat sebagai Ahli Parlimen terus buat perangai...jadi susahlah bagaimana dia nak laksanakan tugas dia sebagai Ahli Parlimen," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Singapura sahkan 17 kes baru H1N1

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain