suria

Dua lelaki tampal pelekat khidmat seks diberkas

KUANTAN: Dua lelaki yang sedang menampal pelekat yang menawarkan perkhidmatan seks ditahan dalam tandas sebuah hotel di Genting Highlands semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Pahang ACP T.Narenasagaran berkata, lelaki berusia 22 dan 25 tahun itu dan berasal dari Selangor, ditahan oleh anggota polis bantuan yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah pada 8 malam tadi.

Dalam tindakan susulan, polis memberkas seorang lagi lelaki berusia 23 tahun dan merampas 130 pelekat berunsur seks di sebuah perhentian teksi berhampiran hotel itu lima jam kemudian. BERNAMA

Artikel Lain