suria

Krisis Perak: Pegawai Kewangan Negeri jalan tugas SUK

IPOH: Pegawai Kewangan Negeri Perak, Datuk Jamalludin Al Amin Ahmad dilantik menjalankan tugas sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri menggantikan Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim yang digantung serta-merta.

Turut digantung tugas ialah Penasihat Undang-undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Kamal M. Shahid.

Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, kedua-dua mereka digantung tugas sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Nizar menyatakan demikian dalam notis pekeliling yang ditampal dalam bangunan SUK hari ini.

Notis bertarikh hari ini iaitu 12 Mei dikeluarkan sehari selepas Nizar diisytiharkan sebagai Menteri Besar yang sah.

Dalam notis itu, Nizar berkata, Abdul Rahman tidak dibenarkan sama sekali memasuki Pejabat SUK dan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan pejabat SUK, Menteri Besar, Exco dan Dewan Undangan Negeri.

Artikel Berikut

Artikel Lain