suria

DUN Perak: Mat Sabu ditahan disyaki cetus kekecohan

Pemandangan hadapan pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Pemandangan hadapan pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Pemandangan hadapan pintu utama Bangunan Perak Darul Ridzuan.

IPOH: Polis menahan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu di ibu negara kerana dipercayai menggerakkan usaha mengadakan perhimpunan tidak sah sempena perasmian sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak esok.

Mohamad ditahan di Jalan Pahang, Kuala Lumpur kira-kira 3.35 petang tadi.

Ketika mendedahkan perkara itu di sini petang ini, Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah berkata, pemimpin PAS itu dipercayai mencuba meminta orang ramai menyertai perhimpunan memprotes sempena sidang DUN yang bermula semula esok.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media petang ini.

Dalam pada itu beliau berkata, polis telah memperoleh perintah mahkamah melarang parti-parti politik dan orang ramai daripada berhimpun di kawasan 500 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzwan, tempat terletaknya Dewan Undangan Negeri.

"Notis larangan akan ditampal petang ini, larangan berkuat kuasa serta-merta dan orang ramai diminta supaya jangan berhimpun di kawasan bangunan SUK," katanya.

Mesyuarat kedua penggal ke-12 akan dirasmikan oleh Raja Muda Raja Nazrin Sultan Azlan pagi esok.

Sehubungan itu, notis telah dikeluarkan kepada staf bangunan SUK supaya meninggalkan premis itu bermula 5.30 petang tadi.

Selain itu notis tersebut menasihatkan kakitangan di bangunan berkenaan datang awal esok memandangkan jalan-jalan ke arah premis SUK akan ditutup mulai 5.30 pagi.

Artikel Lain