suria

Gempa bumi lemah landa Manjung, Perak

KUALA LUMPUR: Penduduk di beberapa kawasan di Manjung, Perak, merasai gegaran akibat gempa bumi lemah berukuran 2.6 skala Richter melanda kawasan itu pada pukul 9.35 malam semalam.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu berpusat di latitud 4.3 utara dan longitud 100.6 timur dan terletak 11 km dari utara Pulau Pangkor.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dan kemusnahan berlaku akibat gempa bumi itu. BERNAMA

Artikel Lain