"Saya mahu pulang kerana rindu anak", kata pembantu rumah dakwa didera - Semasa | mStar

"Saya mahu pulang kerana rindu anak", kata pembantu rumah dakwa didera

PULAU PINANG: Pembantu rumah warga Indonesia yang mendakwa didera majikannya sehingga retak tulang belakang berharap dapat pulang ke negaranya secepat mungkin kerana merindui anaknya.

Sutanti, 33, yang masih dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini merayu kepada polis agar dokumen perjalanan dan pasport miliknya yang disimpan majikannya itu diserahkan semula bagi memudahkannya pulang ke Jawa, Indonesia.

"Tolonglah saya... saya mahu pulang ke Indonesia kerana rindu pada anak di sana.

"Dia hidup susah di sana," katanya kepada Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob yang melawatnya di HPP di sini hari ini.

Bagaimanapun, Sutanti enggan bercakap ketika ditanya wartawan berhubung anaknya di Indonesia dan penderaan terhadapnya itu, dan hanya menangis.

Sementara itu, Ayub berkata polis telah pun mengambil keterangan wanita berkenaan serta majikannya iaitu lelaki berusia 41 tahun dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Kita percaya dapat menyelesaikan kes ini secepat mungkin dan polis juga telah memaklumkan kes berkenaan kepada pihak Konsulat Indonesia," katanya.

Ayub berkata pemeriksaan awal doktor mendapati mangsa yang sudah setahun bekerja dengan majikannya itu patah tulang belakang dan lebam di dahi, pipi serta luka di beberapa bahagian badan.

Katanya polis masih menunggu laporan perubatan mangsa untuk tindakan selanjutnya dan kes itu disiasat menurut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Akhbar hari ini melaporkan pembantu rumah berkenaan diselamatkan daripada terus diseksa majikannya di rumah teres di Taman Brown di sini, selepas seorang jiran menghubungi polis Isnin lepas.

Polis yang pergi ke rumah berkenaan menemui wanita itu dalam keadaan lemah dan kemudiannya menghantar mangsa ke HPP untuk rawatan lanjut.

Pembantu rumah itu mendakwa sering menjadi mangsa deraan majikan lelakinya yang bekerja di sebuah kilang di sini sejak beberapa bulan lepas. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain

Zidane dedah buat kesilapan besar musim ini