suria

Tiga warga India ditahan bersama 29 kg ketamin

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki warga India yang dipercayai terlibat dalam sindiket dadah antarabangsa ditahan bersama 29 kilogram dadah jenis ketamin bernilai kira-kira RM1.16 juta di sekitar Brickfields di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, ACP Kang Chez Chiang berkata ketigatiga suspek yang berusia antara 36 hingga 47 tahun itu tiba dari India melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur kira-kira pukul 7 pagi semalam namun penyeludupan dadah itu gagal dihidu pihak berkuasa di lapangan terbang Mumbai dan KLIA.

Bagaimanapun dalam operasi yang dijalankan pada pukul 6 petang semalam, polis berjaya menahan seorang suspek di Jalan Maxwell sebelum menahan dua lagi di kawasan rumah teres di sekitar Brickfields.

"Mereka ditahan ketika sedang menunggu pelanggan untuk mengedarkan dadah tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata ketiga-tiga suspek telah datang ke Malaysia lebih 10 kali sejak 2006.

Kang berkata polis akan menyiasat saki baki ahli sindiket berkenaan serta bagaimana dadah berkenaan boleh melepasi pemeriksaan yang dilakukan di Lapangan Terbang Mumbai dan juga KLIA.

"Kita mungkin akan berbincang dan meningkat kerjasama dengan pihak berkuasa India dalam memastikan sindiket seperti ini dapat dibanteras," katanya.

Kang berkata, turut dirampas wang tunai kirakira RM2,000 dari pelbagai matawang asing.

Beliau berkata sindiket itu juga dipercayai mengunakan Malaysia sebagai transit sebelum memasarkan dadahdadah berkenaan ke pasaran Indonesia, China, Singapura dan Hong Kong berdasarkan negara-negara yang dilawati suspek sebelum ini seperti mana di dalam pasport mereka.

Katanya, ketigatiga suspek itu kini ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah selama enam hari mulai hari ini.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. BERNAMA

Artikel Lain