suria

Rafidah Aziz juga dilantik anggota MT

PETALING JAYA: Bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz merupakan antara mereka yang dilantik menganggotai barisan Majlis Tertinggi (MT) kali ini.

Ia diumumkan oleh Presidennya, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Rafidah tewas kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Mengulas lanjut mengenai rasional pelantikan kedua-dua pemimpin berkenaan Najib berkata, pelantikan mereka dilihat mampu untuk memberikan sumbangan kepada parti.

"Mereka boleh buat sumbangan kepada parti, jadi kita ada kesinambungan dan kita ada pembaharuan," katanya.

ANGGOTA MT DILANTIK

1. Datuk Seri Dr Rais Yatim (Negeri Sembilan)

2. Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz (Perak)

3. Senator Datuk Jamil Khir Baharom (Kedah)

4. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Wilayah Persekutuan)

5. Datuk Mohd Ali Rustam (Melaka)

6. Tan Sri Rafidah Aziz (Perak)

7. Datuk Abdul Ghani Othman (Johor)

8. Datuk Seri Shahidan Kassim (Perlis)

9. Datuk Aziz Sheikh Fadzir (Kedah)

10. Datuk Kamalia Ibrahim (Wanita)

11. Datuk Razali Ibrahim (Pemuda)

12. Dr Wan Norashikin Wan Nordin (Puteri)

Artikel Lain