suria

BN kekalkan kerusi DUN Batang Ai

CALON BN.. Malcolm Mussen Lamoh (dua, kiri) mengangkat tangan selepas berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air di Pusat Sukan Lubok Antu.

LUBOK ANTU: Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai apabila calonnya, Malcolm Mussen Lamoh memenangi pilihan raya kecil itu dengan majoriti 1,854 undi.

Mussen, muka baru yang juga bekas jurutera Jabatan Pertanian Sarawak, memperoleh 3,907 undi untuk menewaskan ahli politik veteran Jawah Gerang, bekas Anggota Parlimen Lubok Antu selama lima penggal, yang meraih 2,053 undi dalam pertandingan satu lawan satu.

Pegawai pengurus pilihan raya Nelson Mujah Girie membuat pengumuman itu di Kompleks Sukan Lubok Antu di sini pada 7.45 malam.

Batang Ai, sebuah daripada kerusi DUN dalam Parlimen Lubok Antu, mempunyai 8,006 pengundi berdaftar, termasuk 43 pengundi pos.

Pada pilihan raya negeri Mei 2006, penyandang kerusi berkenaan daripada BN, Datuk Dublin Unting Ingkot memenangi kerusi majoriti kaum Iban itu setelah menewaskan Nicholas Bawin Anggat daripada Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dengan majoriti 860 undi. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain