Kajian semula ISA tampil pendekatan terbaik - Syed Hamid - Semasa | mStar

Kajian semula ISA tampil pendekatan terbaik - Syed Hamid

KUCHING: Langkah mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah untuk mencari pendekatan terbaik dalam menangani soal keselamatan negara, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Beliau berkata keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengkaji semula akta itu agar sejajar dengan perkembangan semasa menyerlahkan sikap kerajaan yang terbuka dan telus dalam menghargai hak kebebasan rakyat.

"Pindaan dan semakan semula ISA adalah untuk mencari pendekatan terbaik menangani soal keselamatan negara dalam konteks yang berbeza dan tidak semestinya dalam konteks yang pernah dilakukan sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia di sini hari ini.

Syed Hamid berkata dalam proses kajian semula ISA, pandangan serta pendapat semua pihak akan diambil kira sebelum ia dibincangkan dalam kabinet, dan menurutnya peruntukanperuntukan yang boleh disemak dan perlu dipinda akan dikaji.

"Proses (kajian semula) ini mungkin akan mengambil masa kerana ia akan memberi kesan dan implikasi yang mendalam dalam jangka masa yang panjang," katanya.

Semalam dalam ucapan sulung selepas mengangkat sumpah menerajui negara, Najib mengumumkan keputusan untuk mengkaji semula akta yang sekian lama dianggap kontroversi itu untuk mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap pihak yang berwajib atas soal keselamatan negara.

Najib turut mengumumkan pembebasan 13 tahanan ISA.

Merujuk kepada pembebasan itu Syed Hamid berkata, kerajaan memutuskan untuk membebaskan 13 tahanan ISA tersebut selepas berpendapat bahawa mereka tidak lagi mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara.

"Penahanan mereka bukan sebagai satu hukuman tetapi satu proses pemulihan. Sekarang, mereka sudah sedar dan insaf bahawa cara dan tindak tanduk mereka yang bertindak melampau dan memperjuangkan sesuatu dengan menggunakan kekerasan adalah tidak sejajar dengan keselamatan negara.

"Setelah melihat peri laku mereka, Perdana Menteri membuat keputusan untuk membebaskan mereka," katanya.

Syed Hamid berkata semua 13 tahanan ISA itu akan dibebaskan esok dan ada antara mereka akan dibebaskan dengan bersyarat. BERNAMA

Artikel Sebelum

Kabinet: Najib masih berfikir

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain

Podolski intai peluang bersama JDT