suria

Pasukan impian untuk Najib

Mungkinkah ini kabinet bayangan Umno?
Mungkinkah ini kabinet bayangan Umno?
Mungkinkah ini kabinet bayangan Umno?

KUALA LUMPUR: Anggota perwakilan Umno telah memberikan isyarat yang melegakan kepada rakyat apabila mereka membariskan pasukan impian untuk Presiden Umno yang baru Datuk Seri Najib Tun Razak, walaupun mungkin bukan 100 peratus menepati impian itu.

Mereka telah memilih Naib Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Timbalan Presiden dan secara tradisinya, beliau bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Sebanyak 2,519 perwakilan turut memberikan kemenangan besar kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu dengan 1,575 undi yang jauh meninggalkan pencabar tunggalnya Tan Sri Muhammad Muhamad Taib.

Ini berlaku selepas seorang lagi calon iaitu Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilarang bertanding apabila tiga ejennya didapati bersalah terbabit politik wang oleh Lembaga Disiplin Umno kirakira seminggu sebelum pemilihan parti.

"Para perwakilan telah menterjemahkan kehendak bahagianbahagian dalam bentuk undi kerana mereka bertiga mendapat pencalonan terbanyak," katanya sambil menambah kata kesemuanya muka baru itu tidak terlalu muda dan tidak terlalu tua.

Ahmad Zahid, 55, mendapat 106 pencalonan, Hishammuddin, 47, (151 pencalonan) dan Shafie, 51, (81 pencalonan).

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Umno, Shafie, seorang pemimpin dari Sabah menduduki kerusi naib presiden.

Ketiga-tiga naib presiden yang terpilih itu dikatakan mendapat restu daripada Najib sebelum bertanding.

Dr Mohamed Mustaffa berkata 25 anggota Majlis Tertinggi terdiri daripada gandingan muka baru dan lama dengan kebanyakan menteri sama ada mengekalkan atau menjadi anggota baru.

Datuk Noh Omar (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi), Datuk Seri Mohd Zin Mohamed (Kementerian Kerja Raya), Datuk Seri Mustapa Mohamed (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Belia dan Sukan), Datuk Ahmad Shabery Cheek (Kementerian Penerangan), Datuk Seri Zulhasnan Rafique (Kementerian Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Shaziman Abu Mansor (Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi).

Bagaimanapun dua menteri; Datuk Shahrir Abdul Samad (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) dan Datuk Seri Azalina Othman Said (Menteri Pelancongan), kecundang.

Tiga lagi menteri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Kementeran Pengajian Tinggi), Datuk Seri Syed Hamid Albar (Kementerian Dalam Negeri) dan Datuk Seri Rais Yatim (Kementerian Luar) tewas dalam saingan jawatan Naib Presiden.

Dr Mohamed Mustaffa percaya siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap Azalina, telah memusnahkan peluang bekas ketua puteri itu.

Seorang lagi bekas Ketua Puteri Datuk Noraini Ahmad juga kecundang dalam saingan untuk menganggotai MT.

Tiga lagi Menteri Besar Abdul Ghani Othman (Johor), Datuk Seri Adnan Yaakob (Pahang) dan Datuk Seri Mohamad Hassan (Negeri Sembilan) juga gagal, kecuali Datuk Seri Musa Aman (Sabah).

Selain Shafie dan Musa, dua lagi calon Sabah Datuk Bung Mokhtar Radin dan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin turut berjaya menganggotai MT.

Datuk Dr Norraesah Mohamad merupakan satu-satunya wanita yang dipilih menganggotai MT.

Pengarah dan pelakon terkenal Senator Tan Sri Mohamed Jin Samsudin juga gagal ke MT. BERNAMA

Artikel Lain