suria

Lelaki dituduh sebabkan kematian bayi tidak dibenar ikat jamin

PULAU PINANG: Mahkamah Sesyen hari ini tidak membenarkan seorang lelaki, yang menghadapi tuduhan menyebabkan kematian bayi perempuannya berusia empat bulan awal bulan ini, diikat jamin sementara menunggu prosiding selanjutnya.

Hakim Rosilah Yop menolak permohonan Mohamad Nasir Sulaiman, 34, yang dikemukakan menerusi peguamnya R.S.N. Rayer dan menetapkan 6 April ini untuk sebutan semula kes itu.

Mohamed Nasir dituduh mencampakkan Nurul Ain Amirah ke atas tilam hingga menyebabkan pendarahan pada selaput otak dan menyebabkan kematian bayi itu pada 7 Mac lepas. Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 9 malam di sebuah rumah di Kampung Masjid, Sungai Ara, Bayan Lepas di sini.

Tuduhan adalah mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda. Mohamad Nasir juga menghadapi pertuduhan mendera Nurul Ain Amirah pada tarikh, tempat dan masa yang sama dengan memegang kaki anaknya itu di atas dan kepala di bawah sambil berlegarlegar dalam rumah itu.

Pertuduhan itu adalah mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta KanakKanak 2001 dan jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau keduaduanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Tan Gin Han, yang meminta supaya mahkamah tidak membenarkan Mohamad Nasir diikat jamin, berkata ini kerana tertuduh menghadapi tuduhan yang serius dan khuatir tertuduh akan mengganggu saksi kes itu iaitu isteri dan juga jiranjirannya serta kemungkinan dia melarikan diri ke negara jiran.

Rayer membantah dengan mengatakan bahawa keadaan keluarga tertuduh akan menjadi lebih buruk jika Mohamed Nasir merengkok di penjara sementara menunggu prosiding selanjutnya memandangkan tertuduh menanggung keluarga iaitu isteri dan seorang anak lelaki yang menghidapi penyakit Sindrom Down.

Mohamad Nasri bekerja sebagai buruh dengan pendapatan RM60 sehari manakala isterinya merupakan pekerja kilang.

Rayer berkata, bapa tertuduh yang hadir di mahkamah hari ini, bersedia menjadi penjamin dan sanggup membayar RM5,000 serta melakukan apa sahaja untuk memastikan kehadiran anaknya itu di mahkamah pada prosiding selanjutnya.BERNAMA

Artikel Lain