suria

Senarai calon tiga pilihan raya masih diteliti - Najib

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata beliau telah menerima senarai awal namanama calon bagi ketigatiga pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 7 April.

Najib, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, berkata setakat ini belum ada sebarang keputusan mengenai calon yang akan bertanding kerana kesemua nama yang dikemukakan sedang dipertimbangkan.

"Masih dalam pertimbangan, kita kena belek-belek dulu. Senarai rasmi belum ada tapi tinjauantinjauan, kita kena risikrisik dulu, biasalah... biasa," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian penstrukturan semula perkhidmatan bekalan air negeri Johor di sini,semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh pengundian pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, di Perak dan dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Bukit Selambau di Kedah dan Batang Ai, di Sarawak diadakan serentak pada 7 April ini. Tarikh penamaan calon bagi ketigatiga pilihan raya kecil itu ditetapkan pada 29 Mac.

Sebelum ini, Menteri Besar Perak Datuk Dr Zambry Abdul Kadir berkata bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang tiga calon, termasuk wanita telah disenaraikan dan diserahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk membuat keputusan.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata hari ini calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Batang Ai akan diketahui Sabtu ini.

Dalam perkembangan lain ketika diminta mengulas mengenai pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Najib hanya menolak untuk memberikan sebarang komen.

Semalam, sebuah laman web melaporkan bahawa Abdullah dan Anwar hadir pada satu majlis yang sama dan ini menimbulkan spekulasi apabila mereka dikatakan mengadakan perbincangan antara lain merangka agenda untuk mengetepikan Najib yang dijadual mengambil alih tampuk kepimpinan negara daripada Abdullah hujung bulan ini.

Perdana Menteri hari ini menafikan spekulasi itu dan menegaskan kehadirannya pada majlis itu adalah atas undangan seorang tokoh agama Syeikh Mahmud alMajzub sempena sambutan ke-40 "Ritual Building Strength", satu majlis keagamaan di Hulu Langat. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain