Mahkamah Persekutuan tangguh keputusan mengenai pilihanraya Pensiangan - Semasa | mStar

Mahkamah Persekutuan tangguh keputusan mengenai pilihanraya Pensiangan

KOTA KINABALU: Mahkamah Persekutuan hari ini menangguhkan keputusan berhubung rayuan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangannya bagi kawasan Parlimen Pensiangan dalam pilihan raya umum 8 Mac.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, yang bersidang bersama Ketua Hakim Malaya Datuk Arifin Zakaria dan Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nik Hashim Abd Rahman, mengumumkan bahawa mahkamah akan memberikan penghakiman pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Peguam utama Kurup, Mariati Robert, telah meminta mahkamah tertinggi di negara ini supaya menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan keputusan pilihan raya bagi kawasan Parlimen Pensiangan sebagai batal dan tidak sah.

Pada 11 Sept tahun lepas, Kurup telah memfailkan notis rayuan kepada Mahkamah Persekutuan di Putrajaya berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu itu.

Kurup menang tanpa bertanding pada hari penamaan dalam pilihan raya umum ke-12 selepas Pegawai Pilihan raya menolak kertas pencalonan Danny Anthony Andipai dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang lagi calon.

Kurup kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Andipai kemudian mengemukakan petisyen ke mahkamah tinggi untuk membatalkan keputusan pilihan raya itu dan menamakan Kurup dan pegawai Pilihan Raya Bubudan OT Majalu sebagai responden.

Semasa memberikan penghakimannya pada 8 Sept tahun lepas, Wong memutuskan antara lain penolakan kertas pencalonan pempetisyen Andipai adalah salah dan melanggar hak perlembagaannya untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya itu dan undang-undang bertulis berkiatna pengendalian pilihan raya itu.

Dalam penghakiman 36 muka surat, Wong berkata keputusan Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Sabah menerima kertas pencalonan Andipai adalah muktamad dan tidak boleh ditolak oleh Pegawai Pilihan Raya Bubudan OT Majalu, atas alasan tidak terdapat sebarang bantahan semasa tempoh bantahan.

Wong memutuskan Timbalan Pengarah itu telah melaksanakan bidang kuasanya seperti diperuntukkan undang-undang dalam membuat keoputusan itu, kata Hakim yang turut memutuskan keputusan Bubudan untuk membenarkan bantahan itu merupakan keputusan yang salah.

Sementara itu, peguam kanan Persekutuan Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dalam hujahnya hari ini berkata bahawa Hakim Mahkamah Tinggi telah gagal untuk membuat pemerhatian bahawa pempetisyen tidak mematuhi undang-undang pilihan raya apabila membantah Seksyen 32B Akta Kesalahan Pilihan raya.

Firoz berkata ia telah ditetapkan bahawa kertas pencalonan mesti dikemukakan di antara pukul 9 pagi dan 10 pagi tetapi Andipai telah mengemukakan kertas pencalonan pada 10.25 pagi yang melepasi waktu yang ditetapkan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

MIC sudah ada calon tanding Bukit Selambau

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain