suria

Soon lepaskan jawatan dalam SUPP

SIBU: Anggota veteran Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Soon Choon Teck hari ini mengumumkan peletakan jawatan sebagai penolong setiausaha publisiti parti itu yang disandangnya sejak 1991.

Bercakap kepada pemberita di sini hari ini, Soon berkata, beliau berbuat demikian kerana tidak mampu lagi menjalankan tugasnya dengan berkesan berikutan gangguan yang diterima daripada pihak tertentu dalam parti itu sejak dua tahun lepas.

"Sejak dua tahun lepas, usaha saya untuk menubuhkan cawangan Dudong mendapat banyak gangguan daripada mereka ," katanya.

Soon, yang juga Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Sarawak, merupakan anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Dudong sejak 1991 dan juga anggota Jawatankuasa Kerja Pusat SUPP. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain