KAWAN akan bertemu Speaker bincang nasib Berita Harian - Semasa | mStar

KAWAN akan bertemu Speaker bincang nasib Berita Harian

KOTA BAHARU: Kelab Wartawan Kelantan (KAWAN) akan mengadakan pertemuan dengan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Mohd Nassuruddin Daud berhubung larangan wartawan akhbar Berita Harian membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri yang sedang berlangsung.

Presidennya Wan Zulkifli Wan Yaakob berkata badan itu menghormati keputusan yang dibuat oleh Speaker namun berharap larangan itu dipertimbangkan untuk ditarik balik.

"Kita tidak mahu perkara ini dikeruhkan lagi. Kita akan mengadakan pertemuan untuk menerangkan perkara ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Speaker hari ini yang tidak membenarkan wartawan Berita Harian membuat liputan persidangan Dewan selepas mendapati akhbar itu tidak menyiarkan "ralat" terhadap apa yang didakwanya sebagai laporan tidak tepat berhubung titah ucapan Sultan Kelantan pada perasmian persidangan Dewan yang disiarkan akhbar itu semalam.

Mohd Nassuruddin berkata beliau sudah membaca akhbar Berita Harian hari ini, dan mendapati tiada ralat disiarkan berhubung laporan akhbar itu semalam yang bertajuk Sultan Murka Kerajaan PAS Gagal Tadbir Kelantan seperti diminta.

Semalam Drs Zainuddin Awang Hamat (PASLimbongan) mendesak supaya akhbar Berita Harian memohon maaf dan wartawannya ditegah daripada membuat liputan persidangan Dewan Undangan Negeri ekoran tajuk muka depan akhbar itu yang dianggapnya mencemarkan imej kerajaan dan Sultan Kelantan.

Syor Zainuddin itu disokong beberapa anggota PAS yang lain, sehingga memaksa Mohd Nassuruddin menenangkan keadaan dan memberi tempoh kepada akhbar itu untuk meminta maaf dalam siarannya esok (hari ini), atau tindakan sewajarnya akan diambil.

Wan Zulkifli berharap pertimbangan dapat diberikan kepada akhbar Berita Harian yang selama ini memberikan liputan yang adil mengenai kerajaan negeri.

"Kita berharap perkara ini dapat diredakan dengan segera. Tindakan (larangan) itu dapat ditimbang semula oleh Dewan," katanya. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain