suria

Membina Golongan Berbakat

Dari kiri Shafizul Faizal Zulkiply, Tan Wei Loong, Rejinah Jessy Savarimuthu dan Aaron Chan.

GOLONGAN pelajar sering mempertimbangkan beberapa factor apabila memohon biasiswa terutamanya apabila mereka berdepan dengan beberapa pilihan.

Sesetengah daripadanya hanya melihat jumlah wang perbelanjaan yang ditawarkan manakala mereka yang bijak akan tahu perkara terbaik dalam hidup bukan sekadar tentang duit poket.

Sebagai contoh, Shafizul Faizal Zulkiply, 32, (gambar) dari Taiping yang pernah menerima dua tawaran biasiswa pada 2009, satu daripadanya bank luar negara dan satu lagi daripada syarikat pembinaan, Gamuda Bhd, yang menawarkan pakej untuk membiayai ijazah pentadbiran perniagaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Selain membiayai kos pengajian, bank tersebut menawarkan RM10,000 setahun sebagai duit poket tanpa sebarang bon atau ikatan.

Namun Shafizul Faizal memilih Gamuda walaupun syarikat itu hanya menawarkan wang saku sebanyak RM6,000 setahun dan bon selama beberapa tahun.

Dalam satu wawancara bersama beliau dan tiga lagi penerima biasiswa pada minggu lalu, Shaifzul Faizal berkongsi sebab beliau memilih biasiswa yang betul bagi membolehkannya memulakan karier dengan baik.

Sejak bekerja di Gamuda dari Disember 2010, beliau dinaikkan pangkat sebanyak dua kali dan kini bergelar pembantu pengurus untuk perancangan pengangkutan yang mempunyai tugas untuk menguruskan aliran trafik di sekitar tapak pembinaan syarikat itu terutamanya membabitkan projek MRT Lembah Klang (KVMRT).

Kisah Shafizul Faizal sangat menarik lebih-lebih lagi beliau tidak memiliki sebarang latar-belakang berkaitan bidang teknikal dan kejuruteraan walaupun beliau mengikuti jurusan dalam pengangkutan.

“Saya perlu melakukan tugasan teknikal dengan melibatkan sokongan baik dan bantuan daripada rakan sepasukan,” katanya.

Tambahnya, beliau kini berasa selesa dengan skop tugasan yang dilakukan untuk menyediakan perancangan bagi penutupan jalan, pengalihan aliran trafik selain kesan pergerakan trafik akibat aktiviti pembinaan.

“Saya mendalami ilmu kejuruteraan dengan latar-belakang sebagai graduan jurusan perniagaan dan meningkatkan kemahiran dalam melaksanakan tugas berkaitan segi teknikal.

“Saya sendiri tidak sangka, tetapi saya rasa bertuah kerana mempunyai ketua yang baik untuk memimpin saya,” akui Shafizul Faizal.

Beliau juga mengakui peringkat awal kariernya berdepan kesukaran dan cabaran yang tidak diduga kerana baginya, sesetengah kemarihan boleh dipupuk jika berada di situasi yang tepat.

Seorang lagi penerima biasiswa Gamuda yang menerima perubahan besar adalah Tan Wen Loong, 36, (gambar) yang berasal dari keluarga miskin di Ipoh dan kini bergelar sebagai pengurus projek.

Pada 2001, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan awam di Universiti Malaya, sekali gus mengundang beban yang besar kepada keluarga untuk menampung kos pengajiannya.

“Bapa saya bekerja di kedai dobi dan ibu saya merupakan suri rumah. Setiap perbelanjaan digunakan dengan cermat dan situasi itu sangat mencabar bagi saya pada dua tahun pertama di university,” kata Tan yang membuktikan kemampuan dirinya apabila meraih gelaran dekan sebanyak lima kali selepas berusaha keras sepanjang pengajian.

Ketika keluarga menampung pengajian beliau bagi tempoh dua tahun pertama, beliau menggunakan keputusan pada tahun kedua untuk memohon biasiswa Gamuda.

“Jika ditanya tentang kebaikan biasiswa, secara jujur saya katakan ia akan menyelesaikan masalah kewangan selain memberi jaminan pekerjaan di sebuah daripada syarikat pembinaan paling berkembang di Malaysia serta menyediakan laluan karier yang terbaik,” kata Tan yang kini menyelia bahagian jejambat (V3) projek KVMRT.

Beliau memulakan karier di Gamuda sebagai jurutera tapak pembinaan untuk projek Terowong Pengurusan Air Banjir (SMART) sebelum dipindahkan ke Nibong Tebal untuk projek pembinaan landasan elektrik oleh KTM Bhd.

Sejak itu, beliau ditugaskan memantau projek KVMRT untuk bahagian V3 yang bernilai RM816 juta melibatkan pembinaan stesen utama di The Curve, 1 Utama dan Taman Dr Ismail di sepanjang laluan dari Dataran Sunway ke Seksyen 17, Petaling Jaya.

Tan memuji pelaksanaan program latihan yang melibatkan subjek berkaitan teknikal dan lain-lain pengurusan yang terbuka kepada staf Gamuda.

“Program pembelajaran yang sistematik ini sangat bagus dan syarikat menggalakan staf untuk mengikutinya,” kata Tan yang terikat dengan Gamuda selama tiga tahun berdasarkan syarat biasiswa yang diterimanya sebelum ini.

“Saya sudah bekerja di Gamuda selama 12 tahun dan tempoh itu menunjukkan betapa saya gembira berada di sini. Gamuda merupakan syarikat yang kukuh serta memberi jaminan kepada pekerjanya untuk terus kekal berkhidmat,” kata bekas pelajar SM Anderson yang pernah bekerja sambilan semasa cuti semester sebelum menerima biasiswa Gamuda.

Jurutera sistem, Rejinah Jessy Savarimuthu, (gambar) dari Seremban berasa teruja dengan peluang karier yang terbentang di syarikat itu. Gaduan dari bidang elektrik dan elektronik Universiti Petronas itu sudah bersama Gamuda lebih setahun, tetapi beliau menghidu banyak peluang untuk terus bersama syarikat tersebut bagi tempoh yang lama.

Selepas beberapa bulan berada di projek pembinaan sistem Laluan 1 untuk projek KVMRT, beliau mendapat peluang untuk belajar tentang sistem kuasa pautan Laluan 2 projek tersebut.

“Kami mengambil beberapa pengalaman dari projek Laluan 1 untuk digunakan bagi meningkatkan kualiti Laluan 2,” kata Rejinah Jessy yang teruja dengan banyak peluang pertukaran tugas di syarikat berkenaan.

Pada awalnya, Rejinah Jessy ditugaskan sebagai jurutera kawalan akses elektronik tetapi memberanikan diri untuk mencuba tugas berbeza.

“Saya memaklumkan pada penyelia tentang hasrat saya untuk mendalami bidang janakuasa dan menyertai pasukan tersebut. Mereka bersetuju dan kini saya terlibat dengan projek Laluan 2 iaitu laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya, bagi menguji sistem pautan kuasa tren.

“Tugas ini sangat mencabar tetapi menyeronokkan,” katanya yang mengakui tugas terbabit memberi pendedahan yang bagus memandangkan beliau sendiri mahu merasai pengalaman bertukar banyak jabatan yang berkaitan dengan projek itu.

“Selain projek berkaitan landasan, saya juga mahu menceburi bidang kawalan kualiti dan kontrak bagi menjadi staf yang berpengalaman luas. Perkara terbaik di Gamuda adalah sifat keterbukaan pihak atasan untuk mendengar pendapat kami terutamanya apabila mereka membincangkan masalah dan meminta kami mengemukakan pandangan bagi meningkatkan kualiti,” katanya.

Seorang lagi penerima biasiswa, Aaron Chan Chee Kin (gambar) berkongsi pengalamannya bekerja di Gamuda, sebuah syarikat yang bukan sahaja menghargai bakat, tetapi melakukan yang terbaik bagi setiap pekerja menyerlah walaupun calon staf berasal dari bidang yang berbeza. Pelajar kejuruteraan kimia yang mengikut pengajian di Universiti Sains Malaysia itu merupakan contoh terbaik bagaimana Gamuda menukar seorang jurutera menjadi staf di jabatan sumber manusia tanpa perlu meninggalkan tugas kejuruteraannya.

Anak kelahiran Ipoh, Perak itu menyertai Gamuda pada 2009 sebagai jurutera proses di pusat rawatan air Rasa yang merupakan sebahagian projek bekalan air Sungai Selangor. Dlaam tempoh tiga tahun di sana, lelaki berusia 33 tahun itu menyedari betapa penting dirinya bagi syarikat.

“Saya pernah membantu pelatih, memantau pelatih dan melakukan tugas kaunseling dalam kalangan staf. Saya juga pernah berbalah dengan pengurus sumber manusia berhubung beberapa polisi syarikat yang tidak relevan. Dan sejak itu, saya menaruh minat terhadap bidang sumber manusia, sekali gus mendalami undang-undang buruh dan yang berkaitan.

Chan, 33, joined Gamuda in 2009 as a process engineer at its Rasa water treatment plant that was part of the Sungai Selangor water supply project. In the three short years he was there, he realised is very much “a people person”.

“Semakin lama mendalami subjek itu, saya semakin terpanggil untuk melakukan sesuatu berhubung perkara tersebut. Ada ketika saya berhasrat untuk meninggalkan tugas bagi memasuki bidang sumber manusia.

“Namun apabila saya bertemu dengan pengurus latihan di Gamuda, beliau memberitahu kepada saya tentang peluang yang wujud dalam syarikat untuk bertukar pengalaman tugas,” kata Chan.

Chan tidak berasa menyesal mengikuti bidang kejuruteraan walaupun kini beliau menjadi pembantu pengurus pembangunan organisasi di bawah jabatan pentadbiran dan sumber manusia Gamuda.

“Seperti yang dikatakan Rejinah Jessy, pihak atasan di sini sedia mendengar keluhan stafnya dan perkara yang sama saya sampaikan kepada pekerja muda dan baharu,” kata Chan yang menerangkan bahawa biasiswa Gamuda semakin berkembang berbanding dengan hanya menangggung pengajian sahaja pada setiap tahun.

“Gamuda sentiasa mengambil berat tentang setiap penerima biassiwa untuk menjadi produk terbaik negara bagi mengambil peranan dalam pucuk kepimpinan, menjalani kehidupan yang seimbang dan berkembang sepenuhnya,” kata Chan.


Gamuda, MRT

Artikel Lain