suria

Portal mStar terima Anugerah Pencipta Emas, raih 1 juta pelanggan YouTube

Antara tulang belakang mStar dalam mencapai kejayaan sejuta pelanggan di YouTube

PLATFORM video mStar yang berjaya mencecah 1 juta pelanggan pada Ogos lalu melayakkan portal ini menerima pengiktirafan daripada YouTube apabila pihak mereka memberikan Anugerah Pencipta Emas.

Ketua Pegawai Eksekutif YouTube iaitu Susan Wojcicki dalam surat penghargaannya kepada mStar berkata, pengiktirafan itu dapat memberi inspirasi kepada portal ini dalam menghasilkan kandungan yang bermakna kepada orang ramai.

"Kami berharap pengiktirafan istimewa ini akan memberi inspirasi kepada anda dan mengingatkan anda betapa bermaknanya portal anda kepada ramai orang.

"Kami tahu pencapaian ini adalah salah satu daripada banyak yang telah anda capai, dengan pencapaian lain yang akan datang," ujarnya dalam kiriman surat dan plak yang diterima mStar pada Isnin.

Pada Mac 2021, mStar menerima pengiktirafan daripada Youtube berupa Anugerah Pencipta Perak apabila portal ini mendapat 100,000 pelanggan.

ARTIKEL BERKAITAN : Suami berwajah feminin, ada tak percaya siap minta isteri tunjuk bukti... Dah biasa disapa kakak tapi mujur suara ‘abang-abang’

ARTIKEL BERKAITAN : Sering guna santan dalam masakan? Ini alternatif jadikan hidangan lebih lazat

Susan turut berkata, dia tidak sabar untuk melihat pencapaian mStar untuk masa akan datang kerana ia sesuatu yang istimewa dan bermakna.

"Anda adalah sebahagian daripada kumpulan pencipta dinamik yang sedang membina syarikat media baharu bagi generasi akan datang.

"Setiap hari, anda mentakrifkan semula cara kandungan dicipta dan ditonton, satu suara dan satu video pada satu masa.

"Ia adalah satu keistimewaan yang besar untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan anda. Kami tidak sabar untuk melihat apa yang anda lakukan seterusnya," katanya.

11

Plak yang diterima mStar atas kejayaan meraih 1 juta pelangggan Youtube.

Sementara itu Ketua Pengarang mStar, Niezam Abdullah berkata, peralihan pilihan pengguna dilihat sebagai peluang bagi mStar untuk memberi fokus kepada penyampaian kandungan melalui media digital khususnya dalam bentuk video.

Pastinya langganan lebih satu juta ini membuktikan video yang dihasilkan sentiasa memenuhi cita rasa audien mStar.

“Selepas menukar kandungan daripada berita kepada hiburan dan gaya hidup, portal ini bukan saja menunjukkan pencapaian luar biasanya pada jumlah tontonan kandungan video malah ia turut memberi kesan positif kepada jumlah peningkatan pembaca serta pengikut di platform media sosial,” katanya.

113

Ketua Pengarang mStar, Niezam Abdullah (lima dari kanan) bersama sebahagian pasukan mStar Online.

Selain YouTube yang mencatatkan lebih 1 juta pelanggan, platform Facebook mStar juga ketika ini memperoleh 1.2 juta pengikut, Instagram (1.2 juta), Twitter (235,500), sementara aplikasi TikTok mencatatkan 587,500 pengikut.

Orang ramai boleh terus melayari semua digital platform rasmi mStar Online Malaysia untuk mendapatkan berita hiburan dan viral terkini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain