suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita racun 11 suami demi harta pusaka, jenayah terbongkar selepas 22 tahun

Membunuh adalah satu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan

SEORANG wanita lewat 50-an dibicarakan atas tuduhan membunuh 11 suami dalam tempoh lebih 20 tahun untuk menuntut harta pusaka dan bayaran mahar.

Tertuduh, Kolsoum Akbari didakwa menggunakan campuran ubat kencing manis, ubat tenaga batin dan alkohol industri untuk meracun suami-suaminya secara perlahan.

Dalam satu kes, wanita berasal dari Iran itu membunuh suaminya sebelum ini dengan menekup mangsa menggunakan tuala lembap selepas mangsa pengsan akibat dadah.

Kes mula terbongkar pada 2023 selepas kematian suami terakhirnya, Azizollah Babaei disusuli laporan seorang mangsa yang terselamat daripada cubaan diracun.

Akbari pada awalnya menafikan tuduhan, namun akhirnya membuat pengakuan bersalah selepas pihak pendakwa membentangkan rakaman dirinya melakonkan semula pembunuhan semasa siasatan.

Setakat ini, seramai 45 individu termasuk ahli keluarga mangsa, tampil sebagai plaintif dalam kes tersebut. 

Empat keluarga mangsa turut menuntut agar hukuman mati dikenakan terhadap Akbari.

Mahkamah akan membuat keputusan selepas semua keterangan dikemukakan. -al-Arabiya

Artikel Lain