suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat ringan terhempas atas rumah… Juruterbang dan seorang penghuni terbunuh

Keadaan pesawat terhempas merempuh rumah pada awal pagi Ahad. -Foto AP

SATU operasi menyelamat besar-besaran dilancarkan selepas sebuah pesawat ringan terhempas ke dalam sebuah rumah pada awal pagi Ahad.

Dua orang dilaporkan terbunuh dalam nahas tersebut dipercayai juruterbang dan penghuni rumah berkenaan.

Kejadian dilaporkan berlaku di Korschenbroich, Jerman berhampiran sempadan Belanda.

Pesawat tersebut dikatakan melanggar bahagian teres rumah hingga mengakibatkan kebakaran besar.

Api marak dengan pantas, membakar keseluruhan struktur bangunan dalam beberapa saat, manakala asap hitam tebal dilihat menjulang ke langit.

Juruterbang dilaporkan cuba melakukan pendaratan kecemasan di bandar berhampiran, Mönchengladbach, hanya beberapa minit dari lokasi kejadian.

Sebelum terhempas, juruterbang sempat melaporkan mengalami masalah enjin ketika berada di udara.

Mayat kedua-dua mangsa ditemui dan dikeluarkan dari lokasi kejadian, namun identiti mereka masih belum disahkan secara rasmi.

Setakat ini, punca sebenar nahas masih belum diketahui dan pihak berkuasa belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai insiden tersebut.-Agensi

Artikel Lain