SEKUMPULAN pelajar lelaki dipaksa minum air bercampur putung rokok selepas kesemua mereka ditangkap atas kesalahan merokok dalam kawasan perkarangan sekolah.
Insiden yang berlaku pada 29 Mei itu telah mencetuskan kemarahan masyarakat selepas video berkenaan tular di media sosial.
Kejadian berlaku di sebuah sekolah vokasional di Thailand.
Menerusi maklum balas yang diterima, kemarahan ditujukan kepada guru disiplin berkenaan dan bukanlah pelajar yang merokok.
Malah warga maya menyifatkan hukuman yang dikenakan terhadap pelajar, sebagai keterlaluan.
Susulan itu, pengarah kolej telah menukar bidang tugasan guru terbabit ke peranan berbeza.
Pada masa sama, pihak sekolah telah memanggil ibu bapa pelajar untuk mengkaji semula kejadian dan membincangkan langkah selanjutnya.
Walaupun ramai yang bersetuju bahawa pelajar itu salah merokok di kawasan sekolah, namun mereka berpendapat bahawa hukuman itu tidak sesuai dan boleh menimbulkan risiko kesihatan yang serius.
Terdahulu, video yang dirakam oleh seorang pelajar itu menunjukkan guru terbabit memanggil kira-kira 10 pelajar lelaki yang didakwa merokok.
Dia kemudiannya mencampurkan puntung rokok ke dalam botol air dan mengarahkan pelajar meminumnya. -Agensi


