KEHADIRAN tetamu undangan merupakan kebahagiaan terbesar buat pasangan pengantin di majlis resepsi mereka.
Bagi Kalina Marie dan suaminya, Shane, kemeriahan tersebut tidak dirasai apabila majlis yang diadakan, hanya dihadiri lima orang tetamu.
Meluahkan kesedihan di laman TikTok, ujar Kalina, jemputan tetamu sepatutnya pada pukul 1 petang.
Namun sehingga pukul 1.15 petang, hanya lima individu sahaja yang hadir.
Walhal jemputan dibuat kepada 75 individu dan kesemuanya menyatakan persetujuan untuk hadir.
Lebih memilukan apabila, semasa pintu dewan dibuka, hanya kedengaran lagu Miley Cyrus "When I Look at You" memenuhi ruang.
Meskipun sedih dengan insiden yang berlaku, dia tetap meneruskan majlis perkahwinan yang dirancang sejak 10 bulan lalu dengan menari bersama suami dan anak lelakinya.
Dalam pada itu, Kalina turut meluahkan rasa terkilan kerana hidangan dibazirkan begitu sahaja selain tertanya-tanya punca dia dipulaukan rakan-rakan. -Agensi


