suria

Cuba bantu murid pemalu bergaul dengan rakan sekelas, cikgu anjur ‘lucky draw’

Kanak-kanak terbabit dipeluk rakannya kerana cabutan yang dibuat.

GOLONGAN pendidik memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan sosial kanak-kanak.

Menerusi video tular, seorang guru meraih pujian ramai apabila berjaya membantu murid introvert 'menyerlah' di dalam kelas.

Kejadian yang berlaku di sebuah sekolah rendah di Henan, China pada pertengahan Mei itu turut menerima 6.3 juta tanda suka.

Berkongsi cerita, guru terbabit meminta dua muridnya untuk membuat undian bagi memutuskan sama ada mereka boleh bermain di luar atau meneruskan pelajaran.

Ujarnya, jika kertas kosong dipilih, maka seluruh murid dapat bermain di luar.

Susulan itu, murid terbabit dipanggil untuk mewakili kelas bagi mencabut undi.

Dia yang terpinga-pinga kemudiannya menurut arahan guru dan membuat cabutan.

Kertas berkenaan dipamerkan kepada rakan-rakan sekelasnya yang seterusnya mengundang rasa gembira kerana cabutan itu membolehkan mereka keluar bermain.

Susulan itu, beberapa murid berlari ke arahnya dan memeluk sebagai tanda terima kasih.

"Mereka hanya di sekolah rendah. Bukan masalah besar untuk terlepas kelas.

"Terdapat banyak perkara baik dalam hidup yang patut kita hentikan dan nikmati, seperti bunga pada musim bunga dan bulan pada waktu malam," kata guru itu di media sosial. -Agensi

Artikel Lain