suria

Universiti terkemuka ‘upgrade’ standard kantin, jawatan pengurus perlu lulusan PhD

Pengurusan kantin yang lebih cekap memudahkan pelanggan. -Gambar hiasan

SEBUAH universiti ternama mencetuskan perdebatan hangat selepas mengiklankan jawatan pengurus kantin yang memerlukan calon memiliki ijazah kedoktoran (PhD).

Menurut iklan yang dimuat naik Universiti Southeast China pada 22 Mei lalu, tugas jawatan ini termasuk merancang dan menyelia penyediaan makanan, kontraktor kantin, memastikan keselamatan makanan dipatuhi dan mengendalikan kerja-kerja pentadbiran.

Calon juga perlu fasih berbahasa Inggeris dan mahir menggunakan perisian pejabat.

Bahkan, menjadi satu kelebihan sekiranya mereka mempunyai latar belakang dalam bidang makanan, nutrisi atau kulinari, serta sijil memasak.

Universiti turut mendedahkan bahawa gaji tahunan bagi jawatan ini dianggarkan sebanyak 180,000 yuan (kira-kira RM132,000). 

Namun begitu, ramai berpendapat bahawa kelayakan akademik sepatutnya sejajar dengan keperluan kerja, bukan semata-mata untuk ‘menaik taraf’ imej jawatan tersebut.

Iklan jawatan kosong yang tular itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya mempertikaikan kewajaran kelayakan setinggi itu bagi jawatan pengurus kantin.

“Sejak bila nak kendalikan kantin perlukan PhD?” soal seorang pengguna media sosial. -Agensi

 

Artikel Lain