suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Langit pagi ‘meriah’, kemalangan cetus letupan bunga api di tengah lebuh raya

Keadaan letupan bunga api selepas kemalangan berlaku.

SEBUAH lori sarat dengan bunga api terbakar selepas bertembung dengan kenderaan lain di sebuah lebuh raya.

Nahas berlaku pada awal pagi 21 Mei lalu di Lebuhraya Erguang di Shanxi China.

Pertembungan itu mengakibatkan satu letupan besar berpunca daripada percikan bunga api.

Menerusi rakaman video tular, kelihatan bunga api 'memanah' ke langit tanpa henti sehingga menyebabkan asap tebal menyelubungi kawasan itu.

Letupan bunga api itu juga menyebabkan kesesakan lalu lintas di kedua-dua arah.

Anggota bomba segera dikerahkan ke lokasi kejadian dan berjaya mengawal api.

Polis kemudiannya menutup lebuh raya selama beberapa jam untuk memastikan lokasi tersebut selamat digunakan semula.

Pihak berkuasa mengesahkan bunga api itu diangkut secara sah dan pemandunya berjaya melarikan diri tanpa mengalami kecederaan.

Walau bagaimanapun, kerajaan tempatan melancarkan siasatan sama ada protokol keselamatan dipatuhi dengan betul atau sebaliknya. -Agensi

Artikel Lain