SEORANG lelaki berusia 39 tahun hampir kehilangan tangan kirinya ketika cuba membuka bungkusan hadiah daripada jirannya.
Menurut Luzhong Morning News, lelaki itu baru sahaja selesai makan malam dan tergesa-gesa membuka bungkusan itu untuk mencuba cenderahati dari kampung halamannya.
Bungkusan yang dibalut dengan beberapa lapisan pita pelekat, menyukarkan dia membukanya.
Susulan itu, dia mengambil gunting bagi menusuk bungkusan itu sambil memegangnya.
Tindakannya itu bagaimanapun tersasar dan menyebabkan gunting tertusuk pada lengan kiri dan menyebabkan darah memancut keluar.
Panik dengan situasi yang berlaku, dia membalut luka dan terus mendapatkan rawatan di hospital.
Namun doktor mengesahkan bahawa tangannya semakin membengkak kerana pendarahan tidak dapat dihentikan.
Dia seterusnya dipindahkan ke hospital besar.
Hasil pemeriksaan lanjut, doktor mendapati bahawa arteri di lengan bawahnya telah terputus dan dia telah mengalami pembengkakan berbahaya pada otot lengan (Compartment Syndrome) akibat kehilangan kira-kira 400-500 mililiter darah.
Ekoran itu, pembedahan dilakukan segera pada luka sepanjang satu sentimeter. -Agensi


