SEORANG remaja lelaki bertindak ekstrim apabila tergamak membunuh rakan sekelas, selepas mangsa menjauhkan diri daripadanya.Dalam kejadian pada 3 Mei lalu, mayat mangsa berusia 17 tahun ditemukan di sebuah ladang pertanian, kira-kira 70 kilometer dari ibu pejabat polis berdekatan. Kejadian dilaporkan berlaku di Madhya Pradesh, India.Susulan itu, Superintendan Polis Tambahan Gitesh Garg menggerakkan misi mencari suspek.Suspek utama kes kemudiannya berjaya dikesan selepas pasukan polis mendapat maklumat tentang gangguan yang dialami mangsa semasa berada di sekolah.Ketika disoal siasat, suspek kemudiannya mengaku atas pertuduhan tersebut kerana kecewa, mangsa enggan bersembang dengannya."Suspek mengajak mangsa berjumpa pada malam Jumaat dan terus membunuhnya menggunakan senjata tajam," tambah Gitesh.Dalam pada itu, tindakan undang-undang akan diambil berdasarkan bukti forensik yang terdapat pada mangsa. -Agensi