suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua remaja maut, bergaduh berebut roti di majlis perkahwinan

Kedua-dua mangsa maut dalam kejadian berebut roti berkenaan. -Gambar hiasan

SIAPA sangka, pergaduhan disebabkan perkara remeh mampu meragut nyawa seseorang.

Itulah yang terjadi kepada dua remaja yang maut hanya kerana berebut giliran untuk mengambil roti tandoori di sebuah majlis perkahwinan pada Sabtu.

Remaja yang masing-masing berumur 17 dan 18 tahun itu dikatakan sempat bertikam lidah sebelum menyerang satu sama lain menggunakan batang kayu.

Kejadian dilaporkan berlaku di Uttar Pradesh, India.

Mangsa bawah umur maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital.

Dalam pada itu, Ramjeevan Varma selaku tuan rumah terkejut sama sekali sejurus dimaklumkan mengenai insiden berkenaan.

"Kami sibuk dengan tugas masing-masing, sehingga tiba-tiba ada saksi memberitahu tercetusnya pergaduhan. Setibanya kami ke lokasi, mereka dilihat sudah bergaduh dan mencederakan satu sama lain, hanya berpunca daripada sekeping roti," ujarnya.

Pihak berkuasa mengesahkan mayat kedua-dua mangsa dibawa menjalani proses bedah siasat.

Status kes dilaporkan masih berada dalam siasatan dan tindakan lanjut bakal diambil susulan penemuan bukti berkaitan. -Agensi

 

Artikel Lain