suria

Kantoi tipu mak keluar ‘dating’... Pemuda kena libas dengan selipar, kekasih diheret

Seorang lelaki dipukul menggunakan selipar. -Foto India Today

BERANG ditipu, seorang ibu bertindak memukul anak lelakinya yang 'kantoi' keluar bersama kekasihnya.

Si ibu melihat anaknya sedang menikmati mi bersama teman wanitanya ketika dia sedang melintas jalan.

Wanita itu kemudian melibas anaknya menggunakan selipar sambil mengeluarkan kata-kata makian.

Kejadian dipercayai berlaku di Kanpur, India pada Jumaat lalu.

Difahamkan, nak lelaki Sushila iaitu Rohit, 21, memberitahu bahawa dia keluar menaiki motosikalnya, namun didapati berbohong semata-mata ingin bertemu dengan teman wanitanya.

Menyedari kehadiran ibunya itu, Rohit pada awalnya cuba melarikan diri, namun akhirnya tertangkap.

Kekasihnya cuba meleraikan pertengkaran dua beranak itu, sebaliknya Sushila malah menarik rambut teman wanita Rohit dan mengheretnya.

Kekasih Rohit ditarik rambut ketika cuba meleraikan pergaduhan. -Foto India Today

Melihatkan situasi yang semakin tegang, saksi kejadian memanggil bapanya ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun, si bapa kemudian turut memukul Rohit.

Pasangan kekasih itu bersama ibu bapa Rohit dibawa ke Balai Polis Gunjaini sejurus aduan diterima.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Mahesh Kumar berkata, pasangan kekasih itu sudah pun dibebaskan.

"Tiada laporan rasmi diterima berhubung insiden tersebut," katanya. -Agensi

Artikel Lain